Pages

Monday, 5 March 2018

Cuti Cuti CNY


 HIKING GUNUNG BALING


Asalamualaikum...
Hai Kawan kawan.. Kali ni rasa semangat pula nk share pasal pengalaman aku dengan 5 orang classmate Mendaki Gunung Baling,Kedah.  Ini merupakan pengalaman pertama kami semua. Kami mendaki gunung ni pada 15/2  (Khamis) iaitu pada Cuti Tahun Baru Cina yang lalu..

Actually dah lama haa Rancang nak hiking ni.. Tak sangka menjadi pula plan ny.. Sapa tah punya idea dah lupa.. Haahaha..

Ni Gambar Sebelum mula hiking.. Muka Semangat gitu..HAHAHAA.
Ni sebelum naik gunung jugak.. Dalam pukul 5:00 am centu..


Gigih memba memba nih.. Hhahaahaa

 Nak tahu tak? Tak nak tahu pon nk cerita jugak..heehe..
Masa tengah naik tu ada jugak la rasa nk give up.. Almaklumlah, bukan orang yang bersukan tup tup naik gunung.. Persediaan mental fizikal tu tak tahu lah ada kat tahap mana.. Terok nau.. ahahaah.. Bila fikir balik rasa nak tergelak Pulak..

Tapi bila dah naik lama sikit dah okey.. mungkin badan baru nak stabil kot.. Terkejut maybe tetiba gi hiking.. haahahaha




 Pendakian kami dilakukan secara santai sahaja no need to rush.Niat di hati pon just nak happy happy and luangkan masa dengan kawan kawan kat luar Kolej. Yela bukan selalu pun ada cuti kan.. And the most important is kami dah dapat permission dari parents masing masing tau.. heheeh,,


 






 Setelah beberapa jam detik saat dan ketika, cewahhh..kamipun sampai di Puncak Gunung..

Subhanallah.. Bak syurga dunia..
Pemandangan alam yang cukup indah.. Angin bertiup sepoi2 bahasa.. Sejuk .. Kabus tebal bak Baldu.. Putih bersih dipayungi langit biru..HUHU.. Feeling2 Filem Avatar pulak.. ahahaahhaah
Srsly rasa hilang semua penat..Tenang gitu..

HAAA...Sapa nak tengok pemandangan dari Puncak Gunung  Baling Ni..
Meh sis payung sikit..

sampai sampai terus cari port nak duduk.. penat ke? ahaha
Depa ny sembang ja penat.. tapi yang hairan tu sampai terus selfie bukan nk rehat kejap.. Termasuk aku sekali lah.. Selfie itu penting.. First time la katakan.. teruja sikit..Teruja ja tau bukan Jakun.. Ahahhahaha..


Aku Falling in LOVE with this Picture


Meh sis payung banyak Lagi.. Tapi sebelum tu Thank you so much to you guys (my friends) sebab sudi layan kerenah aku yang nak gambar banyak banyak..Hhahaahaha..


Naiskan.. cantik.. Pemandangan tu haa.. jangan kata sis puji diri sendiri pulak.. Hehe

Tarra... Tahniah guys..much much Love ..
 
Sebaik saja selesai, bermulalah juga satu pengamatan baru aku dari pelbagai sudut antaranya pengamatan falsafah kehidupan, duniawi, dan macam-macam lagi lah. Ternyata pengalaman mendaki Gunung ini memang dapat mebuka mata kita tentang prngertian keikhlasan , persahabatan dan Kehidupan. Alhamdulillah.. Thanks Allah SWT kerana mempermudahkan perjalanan Kami..

0 comments:

Post a Comment