JENIS-JENIS KASUT WANITA
Pada
zaman sekarang, kasut wanita yg bertumit tinggi adalah salah satu
pelengkap fesyen Kasut tumit tinggi bukan sahaja membuat anda kelihatan
bergayai, mereka juga memberi anda ketinggian yang lebih beberapa inci
dan
memberikan keyakinan diri. Siapa yang tidak suka yang kelihatan tinggi?
Semua wanita menginginkannya.. kannn :)
Tp, ada jugak yg dah pakai cantik-cantik dari atas, pandang je bawah pakai selipar jepun je. memang hancus.. hehehe
Di sin, saya ada senaraikan jenis-jenis kasut wanita yang moden, up to date dan mengikut trend semasa.
Jadi, sesiapa yang masih confuse nak pakai apa dan ingin cari kasut mana yang
menjadi kesesuaian dan keselesaan, sudi-sudilah lah tengok kat bawah ni.
- Bertumit tinggi dan tapak tinggi atau tebal.
- Sesuai untuk wanita bekerjaya.
- Kasut ni dalam golongan platform shoe jugak.
Open Toe
- Bahagian depan terbuka dan mempunyai strip di belakang.
- Kasut ni nampak nipis.
- Ada bertumit tinggi dan rendah.
Wedge
- Kasut ni lebih stabil.
- Menjadi pilihan remaja masa kini.
- Sesuai utk beginner yang baru nk belajar pakai kasut tumit tinggi,
Cone Heel
- Kasut yang mempunyai tumit seakan-akan bentuk kon.
- Kasut ni bertutup di hadapan.
- Sesuai untuk golongan yang berumur.
Mocassin
- Kasut yang mempunyai tapak flat.
- Nampak kemas dan semestinya selesa.
- Sesuai untuk semua lapisan umur.
Slingback
- Kasut ni pulak ada strip pada belakang
- bertumit tinggi.
Winklepickers
Ballet Plat
- Kasut ni diinspirasikan daripada kasut ballet.
- Kasut yang bertutup dan mempunyai tapak flat.
- Ringan, ringkas dan selesa. Macam-macam design ada!
Platform
- Kasut ni mempunyai ciri tapak yang tinggi. Dulu kasut ni memang famous.
Pumps
- Kasut ini mempunyai gaya formal. Iaitu bertutup pada hadapan dan belakang.
- Ketinggian tumitnya pulak tidak tetap.
- Sesuai untuk pergi pejabat, seminar, interview & lain-lain.
Mules
- Kasut ni bertutup dihadapan dan mempunyai muncung kat depan seperti muncung buaya.
- Tumit pulak, ada yang tinggi, rendah dan flat.
- Menjadi kegemaran para ibu dan surirumah.
Peep Toes
- Kasut ni ramai budak remaja yang pakai.
- Dekat bahagian depan tu ada lubang kecik sebesar ibu jari kaki. Bila pakai tu, nampaklah ibu jari kaki tu. Nampak cute la jugak kasut ni kan?
Mary Jane
- Kasut ini bertutup bulat pada hujung jari kaki.
- ia bertumit rendah, lebar dan mempunyai tali pada atas ruang kaki tengah.
- Sesuai untuk golongan yang berumur. Cikgu skolah ada pakai mcm ni jugak.
Ankle Straps
- Kasut ini menjadi trend dari dulu hingga kini.
- Kebanyakannya, pekerja pejabat yang memakai kasut ini.
- Kasut ni mempunyai lilitan tali pada sekitar buku lali tak kira samada kasut ni tinggi atau rendah.
Kitten Heel
- Kasut ni bertumit pendek dan kecil.
- Tinggi tumit antara 1.5 inci -> 2 inci.
0 comments:
Post a Comment